Jumaat, 26 Disember 2008

Malaysian Malaysia: Taktik Yahudi Memecahbelahkan Negara?


Tulisan berikut disedut dari tulisan blog Kuda Kepang berjodol, "Pemuda BN akan huraikan konsep Malaysian Malaysia?"

Setelah Singapura diusir keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, Setiausaha Agung PAP atau PETIR, merangkap Perdana Menteri Singapura ketika itu, LKY, membuat kenyataan bahawa konsep Malaysian Malaysia akan terus diperjuangkan oleh penyokong-penyokong partinya di Malaysia.

Kenyataan LKY ini memberikan mesej, walaupun PAP sudah terkeluar dari Malaysia, konsep Malaysian Malaysia dikatakan akan diteruskan oleh DAP. Hakikat ini diperjelaskan oleh Dewan Masyarakat Februari 1975, seperti berikut:

Sebenarnya, pemisahan Singapura dari Malaysia sama sekali tidak menamatkan kempen Malaysian Malaysia. DAP yang lahir sebagai “anak PAP” hasil daripada pemisahan itu terus memperjuangkan matlamat PAP itu.

Alex Josey

Oleh itu, apakah yang dikatakan konsep Malaysian Malaysia? Salleh Yusof dalam Utusan Melayu 8 Ogos 1965, menyatakan bahawa Malaysian Malaysia adalah konsep perjuangan untuk menghapuskan hak-hak istimewa Melayu – walaupun PAP setuju dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia tidak setuju cara pelaksanaannya.

Tetapi, siapakah yang sebenarnya mengilhamkan konsep tersebut? LKY atau Alex Josey, wartawan Yahudi yang menjadi penasihat politik LKY?

Menurut Ong Eng Guan, Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Singapura, konsep Malaysian Malaysia dicipta oleh LKY selepas beberapa bulan kembali dari satu lawatan ke Australia dan New Zealand dalam tahun 1965.

Apakah motif kenyataan Eng Guan itu? Adakah beliau cuba menyampaikan mesej bahawa konsep Malaysian Malaysia sebenarnya ilham Alex Josey?

Kalau bukan demikian niatnya, mengapakah beliau secara sukarela menyatakan bahawa Alex Josey pernah bekerja di Palestin?

Adakah kerana Alex Josey mempunyai pengalaman yang luas untuk “memecah-belahkan bangsa-bangsa di sana? Dan, akibatnya, Palestin kini terbahagi dua – Israel dan Jordan?

7 ulasan:

Mr Joker berkata...

penting sangat2.

Klik sini : http://perisik-rakyat.com/2008/12/perhatian-untuk-semua-bloggers.html

BaitiBadarudin berkata...

Nampak gaya Perak pun turut mengagung-agungkan Singapura melalui projek-projek pembangunan tepi sungai dan perumahan rakyat.

kudakepang berkata...

Sahabat-sahabat sekalian,

Saya izinkan tulisan di atas disiarkan dalam blog ini demi ilmu untuk semua.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Pesanan Keramat berkata...

Terima kasih Dato'.

Tam Dalyell berkata...

Hakikatnya demikianlah.

Hendak dinafi -- apa yang berlaku -- menunjuk ka sana.

Hendak diakui -- bukti nyata payah disusun -- terelak dari kenyataan.

Begitulah hakikat sesuatu -- terkaya dari dalil rasional. Namun kewujudannya enggan dinafi.

Tanpa Nama berkata...

saya penah dengarr pasal advisor after all mereka juga lantik org putih yg keturunan ...di jadi sing punya ketua menteri...

Tanpa Nama berkata...

perak, johor, selangor dll, semua yg beraja.. minta maaf ye.. kita kaji cara pemikiran mereka. samada mak , bini, anak , dah campur darah serani ke, omputih ke.. dan dari kecik dah dimasukkan ke sekolah boarding eton etc utk elitist, maka pemikiran bakal pemimpin yg sekarang menjadi pemimpin telah berasaskan pembentukan thinking meereka masa mereka disekolah utk org elit di luar negara. makanya reality dan pemahaman serta keperluan sebenar rakyat di msia mainly yg kat luar bandar tak difahami sepenuhnya.
the rest yg kita nampak semua brsama rakyat tu pr.. je. macam pkr... kalau kita tengok balik sapa yg menjual bangsa kita inthe firstplace? after all sapa yg sibuk berlaga aam dan berjudi sampai residen british di paksa keatas negerinya bila pihak penjajah mendapati negri yg kaya dgn hasil tiba2 treasury/coffer takde duit? sapa nak bleh amik bermaharaja lela lah semua yg berkuasa. penjajah menggunakan isu salah guna duit cukai salah satu sebab utk memaksa campurtgn org putih. lepas tu anak anak cucu mereka diajar masuk eton, etc pastu balik dah sedap cara hidup barat maka mereka lagi suka dan baut apa saja utk maintain cara hidup mereka. after all masa di luar negara sultan kita semua dok macam org putih punya gentleman.. bleh gi kasino, ppuan, exactly yg against the ugama. but no one dare to tell them... maka mereka would rather compromised negeri, dan rakyat jelata dari hilang kedudukan mereka sbg raja...
yahud1 gunakan cara minda, dan cara yg mereka mahir... maka perpecahan juga adalah satu daripadanya... ehhh sorry panjang pulak..hidup org kita....