Melihat sikap militan kaum Cina mempertahankan sistem sekolah imigren dari negara asal mereka menimbulkan persoalan. Adakah benar ia bertujuan untuk mempertahankan budaya mereka? Atau adakah sesuatu terselindung disebalik alasan untuk mempertahankan budaya mereka?
Sebenarnya orang Cina tidak ada masaalah untuk mempelajari bahasa negara-negara maju. Cuba dilihat orang-orang Cina yang berada di Amerika, mereka sedia bertutur harian dalam bahasa Inggeris loghat cakap Amerika. Mereka sedia assimilasi dengan suasana budaya negara tersebut.
Apa masaalahnya di sini? Adakah kerana orang Cina minoriti dari segi jumlah tetapi majoriti dari segi ekonomi dan ini menjadikan mereka bersikap angkuh?
Orang Cina sebagai kaum yang berniaga dan berdagang rata-rata adalah kaum yang pragmatik. Tetapi mereka juga bijak dalam mencongak dalam bertolak ansur. Disatu aspek mereka kononnya beralah tetapi ianya mungkin helah untuk mencapai sesuatu yang lebih untung dan lumayan.
Tidak dapat tidak, perlu diakui perjuangan dan kepentingan mereka adalah ekonomi. Orang Cina tidak akan mahu melihat kekuatan mereka terancam. Setiap peniaga Melayu mempunyai pengalaman di sabotaj ramai-ramai oleh pakatan kaum Cina yang dalam keadaan biasa akan bersaing sesama mereka.
Dalam membelek-belek tulisan-tulisan lama, penulis terjumpa surat pengarang ke Utusan Malaysia tahun lepas 2007 mengenai syarat bahasa Mandarin untuk bekerja. Ini membuat penulis tertanya. Adakah sekolah Cina dipertahankan sebagai salah satu senjata tersirat untuk mereka mengekalkan kuasa ekonomi? Fikirkan ...
Utusan Malaysia Ogos 22hb, 2008Alasan yang sering didengari adalah untuk komunikasi dengan bos-bos dan taukeh-taukeh yang hanya fasih bercakap dan membaca dalam bahasa Cina. Adakah langsung mereka ini tidak boleh bertutur bahasa Melayu?
Diskriminasi Jawatan Kosong Jejaskan Hubungan Kaum
Rencana Pengarang
PARA majikan syarikat swasta yang dikuasai oleh kaum Cina di negara ini wajar akur terhadap gesaan Perdana Menteri supaya menghentikan amalan mengenakan syarat penguasaan bahasa Mandarin untuk melantik individu mengisi jawatan kosong.
Jika ia diteruskan bermakna jawatan di sektor swasta yang dikuasai kaum itu hanya menjurus untuk mereka berketurunan Cina sahaja.
Jika ditinjau, isu penggunaan syarat penguasaan bahasa Mandarin sudah dibangkitkan lima tahun lalu, berikutan peningkatan puluhan ribu mahasiswa bumiputera gagal mendapat pekerjaan dalam sektor swasta.
Setelah beberapa kali isu ini dibangkitkan, ia bagaikan tidak diendahkan. Kini timbul persepsi bahawa sektor awam yang antara lain mensyaratkan lulus bahasa Malaysia dilihat untuk orang Melayu.
Sementara sektor swasta yang banyak dikuasai syarikat Cina hanya untuk mereka yang menguasai bahasa Mandarin. Apa akan terjadi jika jurang rasa tidak puas hati mengenai persepsi itu dibiarkan.
Hakikatnya agak sukar untuk menarik kaum Cina yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan.
Kajian mengenai fenomena ini pernah dilakukan, tetapi ia berlalu pergi tanpa tindakan untuk memperbaiki keadaan.
Begitu juga di sektor swasta yang terus dengan persepsi perkauman tatkala masyarakat majmuk negara ini telah hidup bersama-sama sejak lebih 50 tahun lalu.
Gejala ini sepatutnya tidak timbul lagi seandainya para majikan Cina sedia mempunyai nilai tatasusila hubungan baik antara kaum dan menolak sebarang amalan diskriminasi.
Mungkin ada majikan yang berpendapat mereka mempunyai hak sepenuhnya untuk menentukan wajah muka pekerja yang mereka ambil dengan hanya menuruti perhitungan kepentingan komersial semata-mata.
Tetapi kita percaya bahasa Mandarin seharusnya tidak boleh dijadikan syarat umum yang jelas merupakan suatu amalan diskriminasi bahasa, lebih-lebih lagi bagi bahasa Malaysia yang menjadi bahasa kebangsaan negara ini.
Walaupun dunia perniagaan di negara ini didominasi oleh satu kaum, itu tidak bermakna majikan boleh mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan pekerja hingga mewujudkan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan kaum lain.
Namun begitu, jika diambil bekerja, peluang menjawat jawatan tinggi untuk kaum Melayu, India dan lain-lain perlu juga diambil kira. Bukan sekadar cukup syarat kuota dan memperalat mereka bagi mendapat projek dan tender kerajaan.
Sesungguhnya negara ini memberi tempat kepada semua kaum untuk mencari rezeki dan hidup aman. Untuk itu, kita harus sentiasa menjaga sensitiviti antara kaum walau dalam keadaan apa sekalipun. Ini kerana tanpa perpaduan antara kaum, negara yang aman, makmur dan maju tidak akan dapat dicapai.
Kenapa perlu demikian? Sampai bila harus berterusan?
Selain itu, kononnya satu lagi alasan adalah kerana ekonomi Cina yang sedang membangun. Itu tak masuk akal kerana pada masa dahulu semasa ekonomi Cina tidak begitu maju diskriminasi yang sama tetap dilakukan. Berapa peratus perniagaan orang Cina melibat negara China?
Bahasa menjadi alasan mereka untuk hanya memberi peluang pekerjaan untuk kaum mereka. Dengan demikian, hanya penuntut-penuntut sekolah vernakular Cina saja yang akan dapat pekerjaan. Penuntut sekolah tersebut jugalah akan terus mendapat pendedahan dan peluang kepada perniagaan, industri dan kemahiran yang mereka kuasai.
Bolehkah disimpulkan pengekalan sekolah Cina dan penggunaan bahasa Cina mempunyai kaitan dengan diskrimiansi ekonomi? Adakah ini juga helah untuk terus mendominasi ekonomi dan mahu terus enggan berkongsi dengan kaum-kaum lain?
Jika demikian niat, sekolah Cina adalah pemangkin kepada diskriminasi kaum dalam ekonomi. Bolehkah ini menjadi sebab tambahan bagi sistem sekolah vernakular dihentikan. Nampaknya ia seolah-olah meningkatkan diskriminasi antara kaum!
3 ulasan:
Saya setuju bahawa orang cina pandai menguna prasarana persekolahan cina sebagai senjata yang ampoh dan kubu yang kuat serta alasan yang chauvisnis agar rakyat bukan cina tidak akan menembusi "the bamboo curtain".
Semua orang yang mengkaji sejarah benua cina akan faham bagaiman nanyang wujud dan apa perhubungan nanyang atau diapora dengan orang cina yang bermastautin di malaysia.
Keadaan swmsemasa ini lah akibat rundingan merdeka 56-57, dengan penjajah ingeris .
arjuna waspada
Penjajahan sebenar masa kini, kelak dan dulu adalah penjajahan bahasa. Begitu juga dengan sekolah berbahasa penghantar Cina dan Tamil di negara ini sebenarnya sedang menjajah bahasa tempatan.
Jadi amat wajar bahasa penghantar di sekolah aliran Cina dan Tamil ditukar ke bahasa kebangsaaan negara. Sudut pandang inilah sebenarnya perlu dilihat.
Sememangnya perlaksanaan sekolah aliran Cina menimbulkan beberapa masalah yang dikatakan meningkat 'jurang antara kaum'. Tetapi adakah benar masalah itu disebabkan oleh perlaksanaan sekolah itu? Jika dilihat dari aspek orang Cina, peningkatan orang Cina yang tidak tahu bahasa ibuanda meraka sendiri memang menakutkan. Oleh itu, perlaksanaan sekolah Cina untuk memastikan bahasa asal orang Cina tidak lupus ditelan oleh perubahan masa memang wajar dilakukan seperti dilakukan oleh orang Melayu sendiri. Ini kerana sekolah kebangsaan langsung tidak menghiraukan kepentingan bangsa lain tanpa mengadakan kelas bahasa bangsa lain sehingga mengakibatkan kehilangan unsur bangsa tersebut.
Ini adalah pendapat saya sendiri, jikalau menimbulkan perasaan tidak senang hati harap maaf zahir dan batin.
Catat Ulasan