Jumaat, 27 November 2009

Pelajar Melayu dikorbankan, Bukan Melayu diutamakan untuk 1Malaysia?


Surat di atas diperolehi dari penulis blog PAS, Penarik Beca sini. Maksud tersirat disebalik surat tersebut adalah peruntukan sudah tiada. Ini menjadi kehairanan kerana beberapa sebab.

Program yang dipinta oleh anak muda ini adalah program aeroangkasa anjuran MARA sendiri. Kenapa pula tiada lagi peruntukan untuk program latihan mereka sendiri?

Tidak berapa lama dahulu, akhbar menyiarkan kenyataan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan tambahan peruntukan RM500 juta untuk MARA berikutan banyak dakwaan MARA sudah terputus kewangan.

Semasa itu, Kementeriaan Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimansuhkan dan agensi-agensi dibawahnya dipecah-pecahkan kepada beberapa Kementeriaan. MARA dimasukkan bawah Kementeriaan Pembangunan Luar Bandar selepas bujet sudah dibentangkan.

Kononnya disebabkan birokrasi kerajaan, bujet dari MeCD lambat diagih-agihkan kepada Kementeriaan Pembangunan Luar Bandar.

Difahamkan dari kajian jurublog PAS, Penarik Beca bahawa peruntukan untuk MARA sudah dipotong.

"Saya juga memohon maaf kepada orang-orang Melayu kerana belum sempat berkeriau mengenai pengkhianatan terhadap mereka ketika peruntukan kepada MARA ditekan-tekan sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009 - bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009."
Dikala MARA sedang bersungut kekurangan wang, Najib pula dengan megah mengumumkan Biasiswa Nasional di Majlis anjuran MCA pada Jun 28hb, 2009. Sedutan berita dari mStar berikut:

Najib: Biasiswa Nasional berdasarkan merit sepenuhnya tahun depan

Ahad Jun 28, 2009

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajarpelajar terbaik yang layak dan tanpa mengira kaum.

Beliau berkata biasiswa tersebut diwujudkan selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.

"Kalau individu tersebut benarbenar layak untuk biasiswa itu, ia adalah atas keputusan mereka yang benarbenar terbaik, tanpa mengira kaum atau keturunan.

"Hanya mereka yang terbaik daripada yang terbaik layak untuk diberikan biasiswa ini. Inilah hasrat kerajaan supaya kita mendahulukan kepentingan rakyat. Kita mesti ambil kira kepentingan rakyat," katanya semasa berucap di majlis makan malam MCA di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam tadi.

Baca sepenuhnya di sini.
Bila ditanya adakah ini bermakna biasiswa kepada penuntut Melayu akan terjejas, katanya tidak. Tetapi apa yang berlaku kepada bujet MARA untuk pendidikan?

Pelajaran adalah satu-satunya peluang untukMelayu memperbaiki taraf hidup mereka. Projek hanya diperolehi kepada mereka yang berupaya dan ada 'kaki'. Kemudahan lain khusus untuk semua. Hanya bantuan pelajaran yang dapat orang Melayu betul-betulrasakan dan boleh mengubah nasib mereka.

Sayangnya itu pun dihentikan. Biasiswa Nasional dihadiahkan berdasarkan merit kepada mereka yang mampu juga. Ini bermakna anak-anak orang berada yang mempunyai kelebihan dalam memperolehi markah yang lebih baik akan dapat biasiswa juga. Adakah ini keadilan sosial?

Siapa yang akan bela golongan Melayu yang tidak berkemampuan lagi? Apakah harapan Melayu untuk mengubah nasib mereka jika tidak melalui pelajaran? Cara-cara lain melalui subsidi petani, dana usahawan dan lain-lain sudah mula dipotong dan hanya beberapa kerat yang dapat.

Selalunya hanya yang ada akses dan kenalan yang dapat. Mana pula sikap lembap, lambat dan tidak cekap pegawai-pegawai serta birokrasi kerajaan dalam sengaja tidak mahu menyegerakan betul bantuan.

Kalau tidak melalui pelajaran, apa lagi cara untuk mengubah nasib anak Melayu? Ditolak mereka yang mampu tapi masih nak gunakan kemudahan ini, harapan anak Melayu kurang berada sudah boleh dikatakan tipis untuk mengubah nasib.

Pastinya anak yang ditolak permohonan biasiswanya dari anak kurang berada. Bayangkan betapa kecewa hingga terpaksa beritahu kepada blogger PAS untuk menyuarakan kekecewaannya. Pasti dia sudah hilang hilang percaya pula dengan parti pemerintah untuk menyuarakan masaalah mereka.

Parti pemerintah Melayu hanya asyik mahu membantu kaum bukan Melayu yang lebih berada atas expens anak Melayu dan Bumiputera untuk dapat undi dan dapat kekal berkuasa. Terkorban masa depan anak Melayu mungkin dilihat tidak apa.

3 ulasan:

drrita berkata...

ala..ni tak de isu..
buat saja loan PTPTN..bank loan ker..
apa susah..

Pesanan Keramat berkata...

Sila bersopan dalam memberi komen. Ada komen yang ditolak.

joepenang berkata...

saya agak tidak bersetuju dgn konsep 1M, walaupun saya adalah penyokong kerajaan..ini kerana konsep 1M sebenarnya lebih mengajar kita untuk bersifat perkauman, terutama apabila non-bumi meminta yang bukan-bukan..