Khamis, 5 Mac 2009

Sistem Raja Berperlembagaan Berjaya Cegah Gerakan Pelampau


KUALA LUMPUR, 26 Feb -- Malaysia adalah antara negara paling beradab dalam kalangan negara Islam berikutan kejayaan sistem Raja Berperlembagaannya dalam membanteras sikap pelampau, kata seorang penyelidik hari ini.

Ketua felo penyelidik Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa Malaysia (IAIS) Dr Cristoph Marcinkowski berkata sikap pelampau boleh dianggap sebagai punca utama lahirnya tindakan ganas dan ancaman ini telah berjaya dibanteras oleh Malaysia melalui peranan Raja Berperlembagaan.

Beliau menyatakan perkara itu semasa menyampaikan syarahan bertajuk "Membanteras Fahaman Pelampau Melalui Pemulihan Kuasa Dalam Islam: Peranan Raja Berperlembagaan" pada Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini, Khamis.

Dalam syarahannya, cendekiawan pengajian Islam yang mendapat pengiktirafan antarabangsa itu berkata Sistem Raja Berperlembagaan Malaysia mengagumkan kerana ia menjadi faktor penyatu, bukan saja dalam kalangan masyarakat Melayu Islam, tetapi juga dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di seluruh negara.

"Ia merupakan 'wasatiah' (sikap sederhana) yang baik bagi semua orang. Ia contoh yang baik dan sistem Raja Berperlembagaan amat penting kerana ia melampaui parti politik. Oleh kerana ia tidak mempunyai cita-cita politik, maka negara dan rakyat, terutama golongan belia, boleh mendapat manfaat daripada bimbingan dan nasihat Raja," kata beliau.

Bagaimanapun, Marcinkowski berkata beliau dukacita apabila melihat sikap kurang beradab sopan dan tidak menghormati ketua perlembagaan yang semakin meningkat dalam kalangan golongan tertentu di negara ini, termasuk belia.

Cendekiawan yang telah bermastautin di Malaysia sejak 1995 itu berkata beliau mendapati sikap menghormati kerajaan yang dibentuk berasaskan perlembagaan selama ini, telah berubah.

Katanya demonstrasi dan sikap pelampau bukan sebahagian daripada budaya Malaysia dan oleh itu pihak yang terlibat dengannya, perlu kembali kepada kewarasan fikiran.

"Demonstrasi yang dianjurkan pihak tertentu ini lebih mirip kepada apa yang berlaku di negara yang disifatkan sebagai 'republik pisang'," katanya.

Ketika menolak hujah seorang peserta yang mewakili Pemuda PAS semasa sesi soal jawab, Marcinkowski berkata umat Islam perlu kembali kepada asal usul mereka dan adab.

"Semua umat Islam perlu kembali berpegang pada adab dan tidak memanggil perdana menteri anda sebagai seorang kafir. Di manakah adab anda apabila anda berkata mereka yang mengundi Umno adalah kafir?.

"Sebagai orang Islam, apabila kita menunaikan solat Jumaat, kita mendoakan kekuatan dan kemakmuran negara, kekuatan pemimpin kita, perdana menteri kita dan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, selagi mereka tidak bersikap zalim, kerana orang Islam perlu mempunyai adab sopan," kata beliau. -- BERNAMA

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengok. Ini orang putih pun tahu sistem kita ini antara yang elok.

Tetapi sesetengah mereka tak tahu bersyukur.

Puak-puak PAS kena ambil iktibar daripada orang putih ini. Adab itu ada dalam setiap perbuatan. Bila mana kita tidak bersetuju dengan sesiapa, adab itu tetap perlu dalam menunjukkan sikap kita kepada mereka. Jangan hanya kita Islam pada nama. Tunjukkan dalam perbuatan.

add berkata...

Saya teruja bila Rais Yatim memberi komen dan ucapan beliau dalam buletin utama malam tadi...

Tanpa Nama berkata...

Ada muncul gerakan melampau dari pemuda UMNO. Bukan saja kes Karpal yang digunakan untuk 'flex' kuasanya.

Di kalangan UMNO juga ramai yang menhormati wang dan kuasa dari menghoarmati orang tua dan yang sudah bersara selepas berkhidmat dan berjasa kepada negara. Tun M lah misalan nya.

Yang kononnya menghormati raja atau mempertahankan kedaulatan raja2 itu alasan untuk publisiti dan lesen untuk belasak sesiapa yang tak sehaluan dengan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Ada muncul gerakan melampau dari pemuda UMNO. Bukan saja kes Karpal yang digunakan untuk 'flex' kuasanya.

Di kalangan UMNO juga ramai yang menhormati wang dan kuasa dari menghoarmati orang tua dan yang sudah bersara selepas berkhidmat dan berjasa kepada negara. Tun M lah misalan nya.

Yang kononnya menghormati raja atau mempertahankan kedaulatan raja2 itu alasan untuk publisiti dan lesen untuk belasak sesiapa yang tak sehaluan dengan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa umat Islam dan orang Melayu tidak mahu bersatu? KIta bermusuhan dan kita bergaduh yang menyebabkan bangsa lain mengambil kesempatan memperkecil dan mempersenda bangsa dan agama kita. Sistem Raja Berpelembagaan boleh membantu menyatupadukan kita. Kalau tidak kerana kedudukan kuasa dan peranan Sultan di Perak selepas sahaja PRU 12 lalu, negeri Perak sudah menyaksikan Menteri Besarnya orang bukan Melayu dan Islam. Masa itu tak timbul cerita ada orang Melayu hendak menentang dan mempersoalkan Sultan. Sebabnya kalau sesuatu itu menguntungkan dan berpihak kepada mereka, maka mereka ini tidak menjadikannya isu. Itulah amalan politik sesetengah orang-orang Melayu kita sekarang ini. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan orang Melayu sekarang bukan bertuhankan Allah, tetapi bertuhankan Nafsu (kuasa, pangkat, wang, harta dan apa saja yang menimbulkan nafsu). Ada juga yang mementingkan perpaduan, keamanan, kemakmuran bersama, kestabilan politik, penghormatan pada undang2, menjunjung kesucian ugama, tetapi jumlahnya dapat dibilang dengan jari saja. Jika bertuhankan Nafsu, Allah akan takdirkan kita menyembah Nafsu hingga ke akhir hayat.

Tanpa Nama berkata...

hidup melayu
hidup bahasa melayu.
hidup menteri melayu (yg bikin pelaksanaan PPSMI).
hidup lah!
ku dah muak dengar alasan "PPSMI dapat mempertingkatkan bahasa inggeris di kalangan anak-anak."

cis. dangkal.
apa guna mata pelajaran bahasa inggeris?
kuatkan sahaja sukatan mata pelajarannya.
barulah "dapat mempertingkatkan kemampuan bahasa inggeris anak-anak kita".

lihat sahaja pelaksanaan dasar ini.
membazir.
buang masa.
sebab cikgu-cikgu sains matematik pun tidak selesa mengajar dalam bahasa asing kepada anak-anak bangsa.
bukan satu dua, tapi kira lah sendiri.

orang putih pun gelakkan kita...sebab kita dah tak daulatkan bahasa sendiri.

lepas ni boleh kita ajarkan anak-anak kita bahasa melayu dalam bahasa inggeris.

sebab ini dapat mempertingkatkan penguasaan anak-anak kita dalam kemahiran berbahasa.

hidup melayu.
mana UMNO ketika isu ini dipersoalkan?
kata memperjuangkan nasib bangsa melayu
tak guna hunus keris.
jika takut nak berhadapan dengan bangsa sendiri.
bukan orang PAS yang mendalangi anti-PPSMI.
bukan orang PKR yang mendalangi.
jauh lagi orang2 DAP.

yang menentang itu ialah sasterawan negara. ahli akademik, cerdik pandai...
...dan mereka semua melayu.
tidak bawa keris.
tidak bawa kereta besar.
cuma jalan kaki.

...tapi disembur air dan gas.

mana keris yang terhunus tempoh dulu?
mana dia penjanji-penjanji sumpah keramat melayu?

dah MELAYAU????
aku juga melayu.
tapi malu nak mengaku melayu.
sebab ada puak2 macam KAU ni.
DANGKAL!