Selasa, 24 Mac 2009

Keadaan Melayu hari ini lebih merbahaya dari Malayan Union - Dr Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu agar sedar bahawa keadaan mereka hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union.

Katanya pada masa itu orang Melayu boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh mereka sebagai racist.

“British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian.”katanya.

Dalam ucaputamanya di perhimpunan dan sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara di Kuala Lumpur Ahad beliau berkata sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

Perhimpunan anjuran Perkasa yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali itu dihadir oleh 1,500 perwakilan dari 65 buah badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Dr Mahathir negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India.

“Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai.

“Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja,” katanya. - Agendadaily Mac 22hb, 2009

Ucapan penuh Tun Dr Mahathir boleh diperolehi di sini.

3 ulasan:

MAHANOR SALEHA berkata...

Sayuti Omar ejen Fitan Anwar

Baca di sini
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/orang-kuat-anwar-sokong-najib.html

Jay berkata...

Memang dah lama saya mengimpikan melihat sebuah negara gergasi yang digelar ‘Nusantara Raya’, iaitu kombinasi negara-negara nusantara yang menggunakan bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama rasmi Islam, iaitu negeri-negeri selatan Siam (Patani, Narathiwat, Yala), Malaysia dan Indonesia. Benda ni sebenarnya bukan benda yang baru lagi. Sejak abad ke 19 pun dah wujud idea ni. Pada tahun 1890-an Joe Rizal, seorang rakyat Filipina pernah mengimpikan penyatuan ini. 1932, Muhammad Yamin, seorang pemuda Indonesia pun juga mempunyai impian dalam “Indonesia Raya”, begitu juga dengan Ibrahim Yaakob, seorang anak semenanjung tanah Melayu. Ramai lagi tokoh yang menyetujui perkara ini.

Lebih baik Malaysia masuk dalam Indonesia. Satu bahasa - Melayu, satu budaya - Melayu, satu agama - Islam, empayar Melayu Raya! Kita tidak perlu peduli dan tidak takut pada orang Cina, negeri Cina, orang India atau negeri India.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang beria-ia mengurangakn kuasa raja?. Siapa yang cuba menghapuskan tanah rizab melayu?. Siapa yang menggubal dan melaksanakan dasar PPSMI yang memperlekehkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu?. Semuanya atas nama kemajuan. Kalau nak maju pun jangan sampai jual bangsa tanah & bahasa. Sekarang semua berani menghina raja, siapa yang mulakan?.