Sudah lama blog ini berehat dan sudah sampai masanya ia kembali berperanan dalam blogosfera untuk menyuarakan suara tuntutan hak orang asal negara ini, iaitu orang melayu di Semenanjung dan Primbumi yang lebih dari 60-70 kaum di Sabah dan Sarawak.
Blog ini diikhtiarkan sebagai reaksi dan jawapan kepada buku May 13 karangan anasir komunis, Dr Kua Kia Soong. Ketika itu, tiada usaha untuk menjawab buku itu dengan jelas dan bernas sekali.
Setelah sekian lama, blog ini menceburi lain-lain isu berkaitan hak Melayu, Islam, Sejarah, Perlembagaan dan lain-lain.
Tahun lepas, satu usaha telah dilakukan untuk menjawab pemesongan fakta mengenai Mei 13, 1969 ini melalui media cinema iaitu filem Tanda Putera.
Malangnya, demi menjaga hati orang Cina, samada pihak DAP yang menentang penyiaran atau MCA/Gerakan yang takut akan reaksi pengundi Cina.
Selain dari pada masaalah kepimpinan Melayu kini yang pengecut dan abcul, ada pula pihak dalam kerajaan, khususnya Menteri Penerangan yang telah menahan pemnyiaran filem tersebut atas niat jahat dan dendam terhadap Pengarah Filem.
Sayang sekali kerana filem yang mahu mendedahkan kebenaran dan memberi penerangan sejarah kepada anak muda yang sudah lari dari realiti sejarah yang silam itu gagal mencapai objektif. Kebenaran ditahan dan kemungkaran berterusan.
Kini sebarang usaha untuk mendedahkan kebenaran Mei 13 atau mengingatkan rakyat untuk mengelak berulangnya peristiwa itu dilabelkan sebagai "raising the spectre of May 13" atau dianggap mengugut untuk ulangkan peristiwa Mei 13.
Mereka boleh memperkatakan mengenai Mei 13 dan memesongkan sejarah tetapi kita tidak boleh menegakkan kebenaran yang sudah diputarbelitkan demi politik perkauman pihak tertentu dan ketamakan pihak tertentu yang gilakan kuasa hingga menjaja bangsa dan penganut ugamanya.
Nampaknya usaha yang kami lakukan pada tahun 2007 sia-sia saja tetapi ianya tidak menjadi penghalang untuk kami teruskan perjuangan ini. Terpaksa kami teruskan usaha yang sudah makan masa lebih 5 tahun ini.
Menyedari ramai yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan tiada rujukan dari laporan MAGERAN (National Operation Council), kami akan keluarkan laporan itu di blog ini.
Bermula dari hari ini, satu demi satu bab Laporan NOC akan disiarkan agar kita memahami apa yang berlaku.
Walaupun dikatakan ada maklumat yang masih ditahan dari disiarkan dan masih bertaraf CONFIDENTIAL, dipercayai ianya untuk mengelakkan dari pihak awam tahu sejauh mana teruknya keadaan yang sebenar.
,
1 ulasan:
Sudah sampai masa nya untuk menjaga pula hati Melayu kita...selama ini kita asyik bertolak ansur kerana hendak menjaga hati orang asing...kita sendiri yang menjeruk rasa
Catat Ulasan