Ahad, 14 Ogos 2011

Sajak: Merdeka Yang Hilang


MERDEKA YANG HILANG

Merdeka yang hilang tinggal bayang

Belenggu dek hutang
Belenggu dek matawang


Merdeka yang hilang tinggal bayang

Belenggu dek media reka
Ditelan terus tanpa tanya


Dan dalam leka itu…
54 tahun telah berlalu…


Dan kita MENJERIT ...
Ini negeri kita
Tanah tumpah darah kita


Dan MEREKA berbisik ...
Ini negeri gua
Tanah tumpah darah gua


Akhirnya kita terjerat semula
Dibelenggu dan dijajah semua

Dari seluruh pelusuk alam

Dari luar dari dalam


Tanpa sedar ...
Tanpa isytihar ...


Wai J
Johor Baru


Ogos 13, 2011