Sabtu, 7 Mei 2011

Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi


Oleh Zaini Hassan

ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama. (kenyataan ini amat benar sekali jika kita merenung balik kenyataan yang pernah dibuat oleh Presiden MCA Chua Soi Sek bahawa MAC tetap akan bersama DAP jika apa yang diperjuangkan oleh DAP itu membabitkan kepentingan kaum Cina)

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.

Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu.

Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?
Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi.

Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.

Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.

Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.

Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.

Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.

Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.
Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.

Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

8 ulasan:

AntiRacist berkata...

This is not about 1Race, it's about unity, 1Malaysia. I love your way of expressing your opinion in your blog, but come on dude. Do you know how a nation can develop? By unity! Not by 1Race! Yes we can see the Chinese are successful race, but how about the Indian? Why can't you, as a blogger, try to unite the whole nation for better future? Why don't you suggest the Chinese to buddy the Chinese for better Malaysia instead of shouting 1Melayu? This is totally an action of distortion. Chinese helped the nation, the Malay also helped the nation, the Indian also helped the nation, but why can't we stand as one? Why we need to be divided? I love Malaysia, but the racism issues had made me sick of this nation! Can't we unite as one? Did the Chinese question loudly about their privilege? Try to check clearly whether DAP really shout for Chinese support? Try to visit Sarawak. The people there had been closely mixed with each other. The result from the 10th State Election doesn't means the Chinese is siding the opposition. The clear picture here is they reject bad developers, and leaders! That's the naked truth!

Tamingsari berkata...

Syabas!!
You got all my support
http://melayumarah.blogspot.com/

papedom berkata...

Tajuk Buku - Barisan Nasional - Menuju Ke Arah Kemenangan Pilihanraya Umum ke 13

Penulis : Dr Nik Yahya Abdul Rahman

Pencetak : Laris Resources Sdn Bhd

Penerbit : Thinkers Library Sdn Bhd
No. 123 Jalan Jasa Tiga Taman Jasa Sungai Tua
Batu Caves, Selangor 68100
Malaysia
tel: +60 603-61897570
fax: +60 603-61878525
e-mail - thinkers_library@yahoo.com

ISBN : 978-967-69-0786-8


Buku ini adalah sebuah prediksi berasaskan fakta dan kemelut politik semasa terhadap keputusan pilihanraya ke 13 dimana, semua sebab-sebab kenapa BN pasti menang pilihanraya ke 13 ini dikupas bagi tujuan memberi peluang kepada pengundi-pengundi menggunakan buku ini sebagai rujukan bagaimana membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya ke 13 kelak. Buku komprehensif ini mencakupi pelbagai pandangan serta memuatkan jawapan-jawapan kepada semua isu-isu dalaman dan luaran yang dibawa oleh pihak pembangkang yang pasti memberi impak besar kepada para pengundi muda khususnya dan masyarakat umum , amnya. Pendekatan berdasarkan kaedah Factor Rating digunapakai di dalam membuat analisa terhadap semua parti-parti politik utama di Malaysia. Empat piawai digunapakai di dalam menganalisa setiap parti politik iaitu ;


Konsisten
Pembangunan Berterusan
Kesejahteraan
Pembetulan Dalaman

Ke-empat-empat kriteria ini juga sudah mencukupi bagi memberi satu jawapan yang terperinci tentang apakah sumbangan sesebuah parti politik di Malaysia di dalam menjaga hak-hak serta kepentingan-kepentingan rakyat berbilang kaum, bangsa dan suku etnik di Malaysia ?

Penerangan tentang Dasar-Dasar Kerajaan Barisan Nasional daripada tahun 1957 sehingga 2011 juga dimuatkan agar menjadi bukti tentang kesungguhan serta iltizam Kerajaan Barisan Nasional merangka rancangan-rancangan jangka pendek serta jangka panjang dan statistik kesan-kesan perancangan tersebut kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.

Kaedah SWOT Analysis telah digunakan di tempat-tempat yang bersesuaian membincangkan tentang Strength (Kekuatan), Weaknesses (Kelemahan), Oppurtunity (Peluang) dan Threat (Ancaman) dan diterangkan dengan diselit dengan fakta-fakta yang jelas serta rapi. Buku ini boleh dijadikan “Hand-Book” bagi petugas – petugas jentera-jentera pilihanraya bagi menghadapi rakyat yang memerlukan penjelasan yang mudah tetapi tepat berkenaan dengan apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk menunaikan tanggung-jawab di dalam latihan demokrasi di pusat-pusat pengundian.

Satu ciri buku ini adalah selain daripada fakta-fakta yang dikemukakan, Debat Rakyat adalah bahagian dimana contoh-contoh senario berlatarbelakangkan kemelut politik semasa dikarang dalam bentuk skrip dimana terdapat perbincangan serta debat-debat antara penyokong-penyokong kerajaan dengan penyokong-penyokong pembangkang ditulis dengan gaya bersahaja agar diambil pelajaran dan pengajaran daripada Debat Rakyat ini.

Buku ini merupakan jawapan kepada semua hujah-hujah yang dikeluarkan oleh puak pembangkang yang sudah kehabisan modal serta dilanda pelbagai isu yang bakal memecahkan kesatuan serta kredibiliti Pakatan Rakyat.

Pemintaan dijangka melebihi pengeluaran - Sure 100% Best Seller.....

Dapatkan naskah anda di ;

Thinkers Library Sdn Bhd
No. 123 Jalan Jasa Tiga Taman Jasa Sungai Tua
Batu Caves, Selangor 68100
Malaysia
tel: +60 603-61897570
fax: +60 603-61878525
e-mail - thinkers_library@yahoo.com

Sila hubungi Brother Isa di - 0192205015

atau Haji Latif di - 0166856285


Nota : Buku ini dijangka keluar sebelum Hari Raya Aidilfitri, insya Allah.

theprofessor berkata...

Setuju sangat supaya semua Melayu Islam bersatu. Kalau Melayu bersatu barulah Malaysia akan lebih aman dan makmur. Kalau Melayu berpecah, semua orang, tak kira bangsa, akan pecah kepala.

Tanpa Nama berkata...

..orang Melayu masih lagi membeli barangan drp Kedai Cina walaupun terdapat kedai Melayu.Memang benar pembekal gergasi juga dari bangsa cina sekurang kurangnya kedai kedai cina ini terpaksa juga menghitung pembeli Melayu

AmbilHakKita berkata...

Syabas Melayu. Permulaan yang baik. Satu suara boleh memulakan sejuta suara.

Semangat Melayu perlu ditiup dan dibangunkan.

Persekutuan Tanah Melayu perlu diisi dengan millionaire dan billionaire Melayu bukan seperti yang Mahatir buat semua billionair Cina dan India.

Mahathir megah kejayaannya. Tetapi orang Cina dan India untung berbilion kali ganda.

Tetapi keuntungan bilion tentu sekali tidak datang mudah. tentu sekali mereka telah mengeksploitasi sumber alam, industri dan frekuensi Persekutuan Tanah Melayu.

Kalau setakat kedai runcit Cina tak kan boleh jadi bilionair.

Ambil balek segala yang dirampas dari orang Melayu !!

Uwais Al-Qarni berkata...

Saya kagum dengan semangat asobiyah anda. Tapi pembangunan negara bukan terbentuk melalui satu kaum sahaja di Malaysia. Anda cuba lenyapkan jasa bangsa lain seolah2 Melayu sahaja layak membangunkan negara. Berpijaklah dibumi yang nyata selagimana demokrasi aliran UMNO tidak dijumudkan. Siapakah Melayu di bumi Melayu...UMNO telah berjaya melenyapkan melayu secara halus. anda perlu bukti apa lagi?? anda lihatlah sendiri. kalau anda tak nampak, bererti anda bukanlah seorang yang mempunyai keterbukaan dari segi input maklumat.

AMENO CHACHA MARBA berkata...

SENANG aje nak menang MAJORITI dalam PRU PRU yg seterusnya pada PRU 14,15,16,17,18,19,20 dan selamanya...!
BENAR KAN Ahli2 UMNO dan ORANG2 MELAYU,am nya, berKAHWIN LEBIH dari SATU...!!!HeHeHee...
KAHWIN cepat2 mulai SKRG...!!! bagi LELAKI yg mampu,yg berumur 30-55 tahun....Hahaha...RAHSIA nya????
Kita buat sikit KIRA KIRA ( Mathematik ;Oh,my ENGLISH..!!)
Skrg MIM ada 60% dari 28 juta penduduk Malaysia.= 16.8 Juta. Katakan satu keluarga ada 5 org,maknanya ada 16.8 bagi 5= 3.36 juta bapa2. Kata kan 3 juta diBENARkan KAWIN lebih dari satu ;MAKNA nya kalau seorang dapat 5 anak lagi, ada 15 JUTA tambahan MIM. Kalo tambah 2,ada 30 juta, 45juta dan 60 juta,seterusnya......hahahaaa...
Maka dalam PRU 17 dan selanjutnya.....BERAPA MAJORITI Orang Melayu???? DARI 75% (kawin 2) ke 81% (kawin 3) ke 86% (kawin 4) .....TAPI ,Kaum HAWA MIM JGN lah BYK BANGKANGAN....hehehee Jadikan POLISI TAMBAHAN MAJOIRTI sat IBADAH,demi UGAMA,BANGSA dan NEGARA! Amacam...????