Sabtu, 17 Julai 2010

'Melayu liberal' dan 'Melayu alat' masaalah baru Melayu


Dalam satu ucapan yang penuh berlapik, Dr Puad Zarkashi menyatakan kemunculan 'Melayu Liberal' dan 'Melayu alat' sebagai masaalah baru umat Melayu hari ini.

Berikut petikan laporan Utusan Malaysia bertarikh Julai 17hb, 2010:

KANGAR 17 Julai – Kepelbagaian Melayu adalah antara cabaran baru yang perlu dihadapi UMNO bagi memastikan parti itu terus kukuh di atas landasannya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, antara kepelbagaian Melayu itu termasuk wujudnya golongan Melayu liberal dan 'Melayu alat'.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini, beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi bimbang jika cabaran itu tidak ditangani segera, ia akan menimbulkan masalah kepada parti dan orang Melayu.

Menurutnya, sikap golongan Melayu liberal bukan sahaja merugikan bangsa sendiri, tetapi ada di antara mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih.

"Mereka (Melayu liberal) anggap perjuangan Melayu sebagai sudah ketinggalan zaman,” katanya sambil menambah bahawa golongan itu tidak memikirkan masa depan bangsa sendiri kerana telah menikmati kehidupan yang selesa.

Beliau berkata, ‘Melayu alat’ pula adalah golongan yang sering terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu sehingga mudah diperalat tanpa memikirkan masa depan negara dan bangsa.

Mohd. Puad berkata, jika orang Melayu begitu mudah diperalat oleh mana-mana pihak yang ingin melihat kehancuran, ia akan menjadi ancaman kepada UMNO. – Bernama

2 ulasan:

tebing tinggi berkata...

Fuad Zarkasi telah telah salah dalam menafsirkan 'Melayu alat'sebagai Melayu yang mudah diperalatkan.
'Melayu alat'adalah penyumbang besar perpechan umat Melayu dan Melayu jenis inilah yang mudah diperalatkan kerana pengakuan dan pengiktirafan Melayu atas dasar kepentingan dan manafaat sebagai Melayu dengan segala kelebihan dan keistemewaan yang telah diperuntokan dalam pelembagan.
'Melayu' adalah alat untok mendapat kelebihan dan keistemewaan tetapi dijiwa mereka mereka tetap dengan keturunan dan berkelompok sesama mereka sebagai Jawa, Bugis,Banjar, Boyan dan pelbagai lagi keturunan yang lain,tidak ketingalan keturunan arab dan mamak.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan dikalangan mereka,pandangan mereka terhadap Melayu itu sangat remeh.
Mungkin Fuad Zarkasi tidak dapat menyatakan yang sebenarya kerana tidak mungkin dapat diterima dan akan menimbulkan penafian dan perbalahan, tetapi inilah hakikatnya perpaduan Melayu hari ini selain dibatasi fahaman dan idealoji politik.
Satu hakikat yang harus disedari,diterima dan diatasi dalam mengatasi masaalah perpaduan Melayu.


1sekolah >1bahasa >1Malaysia.

Shamsul Yunos berkata...

Anwar says Ling Liong Sik is not a big enough fish for MACC: Who does Anwar want MACC to go after? read all about it HERE