Khamis, 29 Oktober 2009

BN cadang, PAS dan DAP sokong 1Sekolah di Parlimen?

Berita berikut adalah satu berita baik untuk Kempen Satu Sekolah Untuk Semua.

YB Hamim Samuri (BN-Ledang) telah mencadangkan kepada kerajaan disatukan aliran-aliran sekolah yang berbagai menjadi satu di Parlimen semalam.

Datuk Ab Halim Ab Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) bersetuju dengan cadangan itu. YB Tony Puah (DAP-Damansara) turut serta bersetuju dengan cadangan dimulakan di peringkat sekolah menengah.

Baca berita yang dilaporkan The Star berikut:

Parliament: Single stream schools can help achieve unity

The Star Online, Wednesday October 28, 2009

KUALA LUMPUR: The Government has been urged to restructure the education system including introducing single stream schools to achieve racial unity.

Hamim Samuri (BN-Ledang) said the current multi-stream schooling system did not help people understand the meaning of unity or the 1Malaysia concept promoted by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said the present system should be restructured where all secondary schools would be in a single stream, thus placing all races under one roof.

“The multi-stream schools can be retained at the primary level. The Government can take over and upgrade the secondary schools,” he said when debating the Supply Bill 2010 here Wednesday.

Datuk Ab Halim Ab Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) agreed, saying that a study showed that the present education system had no objectives for the well-being of the people.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) also agreed that all multi-stream schools be united into a single stream at secondary level so that racial unity could be achieved.

He said the single stream schooling system had been mooted by historian and academician Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. -- Bernama
Apa bahasa penghantar yang akan dipersetujui? Itu perlu dibincang dan dihalusi. Persetujuan dua YB PAS dan DAP kepada cadangan YB UMNO-BN adalah satu permulaan yang baik.

Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menolak gagasan Kempen 1Sekolah akan mengkaji semula keputusannya? Beranikah MCA keluar dari kepompong agenda perjuangan tradisional mereka?

Peluang sudah terhidang. Masa sudah berubah. Jangan dilepaskan!

10 ulasan:

man dego kg bendera berkata...

Dap akan setuju jika B. Cina jadi bahasa utamanya.Nampaknya Pas pun sama.

King-Fx berkata...

Apa BAHASA PENGANTAR? Sudah semestinyalah BAHASA MALAYSIA. Takkan nak pakai Bahasa Cina lak. Bahasa lain akan menjadi elektif.

Tanpa Nama berkata...

satu sekolah adalah cadangan yg baik. perlu disokong kerana selama ini, byk perpecahan berlaku akibat sistem persekolahan yg mengikut kaum, seharusnya satu sekolah dan sekolah kebangsaan itu utk semua.
hari ini kita mulakan dgn sekolah menengah, hari esok boleh kita mulakan dgn sekolah rendah.
pasti ada yg bising kerana beranggapan ia menghilangkan budaya bangsa sesuatu kaum dan sebagainya.
tetapi, jika ingin melihat negara ini dan rakyatnya yg berbilang kaum hidup dlm suasana lebih harmoni,kurang tekanan perkauman, mulakan dgn satu sistem persekolahan.
dalam konteks perpaduan, skrg bkn masa utk melayan permintaan puak tertentu utk kepentingan sesuatu kaum atau bangsa saja.
ada yg boleh diberi dan ada juga yg boleh diminta bergantung kepada situasi juga keperluan.
jgn terlalu sibuk mempolitikkan sesuatu isu hgga akhirnya ia merugikan negara dan rakyat secara keseluruhan hanya kerana kesempitan akal kita melihat sesuatu isu kebangsaan dr skop yg lebih luas.
kepada pendokong semangat cintakan negara, tahniah diucapkan.
kepada pendokong perosak negara, nilailah di mana anda tinggal sekarang.

encik ahmad berkata...

saudara jangan terkejut sangat kalau tony pua (DAP) setuju dengan cadangan ni. kalau nak dilaksanakan sekolah satu aliran di peringkat menengah, siapa yang kena berkorban dulu? tentulah orang melayu. kalau dilaksanakan, sekolah menengah agama dan MRSM kena dihapuskan? tony pua dah siap bagi cadangan dah awal-awal lagi. asalkan saja nak 'menggalakkan perpaduan', orang melayu jugaklah yang kena berkorban dulu. DEB pun dah nak ganti dengan yang lain. sedikit demi sedikit hak-hak orang melayu yang digugurkan dulu. kita sajalah yang bagi. jangan haraplah mereka nak bertolak ansur tentang hak kaum mereka. kalau betul-betul nak dilaksanakan sistem sekolah satu aliran, mulakan dari sekolah rendah, kemudian terus ke peringkat menengah. laksanakan saja sekolah wawasan yang dicadangkan tun dr. mahathir dulu. tapi, jangan haraplah mereka nak setuju. jangan cepat seronok sangat dengan cadangan tu. fikir betul-betul siapa yang untung dulu.

OK berkata...

Boleh jika guna bahasa Tamil. Jika tidak itu tindakan pentingkan sendiri

Ikan Lemas berkata...

aku rase cucu kite punye cucu baru bole merase sistem satu sekolah kat malaysia ni kot.
selagi cauvinis cina nak mempertahankan skola cina,slagi tu la xkan berhasil

faizzer berkata...

saya sukakan berita ni..

-faizzer.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Pertelingkahan MCA, bagaimana ia memberi kesan kepada UMNO dan BN?

Baca selebihnya di http://mcasentinel.blogspot.com

rem58 berkata...

berani ke Sekolah Rendah satu aliran?

sekolah menengah kebangsaan dah banyak dah satu aliran, suma sekolah rendah jek.

Sekolah Wawasan Dr M pun gagal!

budak2 bila terpisah sejak kecil susah nak gaul masa besar.tak pecaya tengoklah kat universiti satu aliran.nama jek campur,tapi bila berkawan ikut bangsa jugak.

bangsa cina yg ultrakiasu memang suka tindas melayu,macam seronok pula.depa bukan kisah pun,pandang melayu macam 2nd class jek.kalau berani buatla satu aliran,kata Malaysian Malaysia.

suruh DAP rotate Ketua Menteri Penang pun dah nak terkencing,peegidah.semua cakap tak serupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

Pelan MCA Yang Membahayakan Posisi Barisan Nasional

Retakkan di dalam parti MCA pada masa ini sememangnya membahayakan masa depan Barisan Nasional. Apa yang malangnya adalah ini merupakan masa yang terbaik bagi Barisan Nasional untuk menolak Pakatan Rakyat ketepi dan menguatkan posisinya.

Pakatan Rakyat kini dilanda pelbagai masalah dalaman.

Dapat dilihat bahawa PAS sekarang terpaksa bertungkus lumus menangani isu menantu Nik Aziz yang dikatakan terlibat dalam skandal rasuah di Kelantan. Ketua PAS di Selangor iaitu Datuk Hasan Ali pula sekarang nampaknya berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor melalui pertikaiannya dengan polisi-polisi DAP.

Di sebelah PKR pula, bisikan di kalangan orang ramai adalah mengapa Saudara Anwar Ibrahim telah nampaknya mengundur diri daripada menjadi muka depan PKR. Beliau dikritis kerana kerap berada di luar negara dan tidak memberi perhatian kepada masalah dalam negara.

Tambahan pula, beliau telah menghantar Tian Chua sebagai gantinya untuk ke Sarawak bagi menangani masalah besar PKR di Sarawak. Tian Chua pula di dalam bahaya kehilangan kerusi Parlimennya apabila didapati bersalah menggigit ahli polis.

Barisan Nasional pada masa ini sepatutnya mengambil kesempatan untuk mencuri langkah daripada Pakatan Rakyat tetapi malangnya masalah MCA menghalang perkara ini daripada berlaku. Apabila rakyat membaca suratkhabar, mereka dapat melihat bahawa kedua-dua Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat mempunyai masalah besar dan pertelingkahan dalaman.

Sudah sekian lama masalah dalaman MCA timbul tetapi masih lagi tiada penyelesaian. Pelan Damai Besar Ong Tee Keat adalah pelan yang kosong selagi pelan tersebut tidak disokong oleh Pemuda MCA dan Wanita MCA.

Pelan ini dilihat oleh rakyat sebagai satu perjanjian buruk di antara Chua Soi Lek dan Ong Tee Keat yang mengetepikan pandangan majoriti ahli MCA yang jelasnya telahpun menolak pimpinan Ong Tee Keat pada mesyuarat yang lepas.

Apa yang menjadikan perkara ini lebih teruk adalah fakta bahawa Ong Tee Keat sekarang lebih sibuk dengan masalah dalaman MCA daripada memfokuskan dirinya kepada tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan.

Mengapakah Ong Tee Keat tidak mahu mengadakan undian baru bagi pemimpin MCA? Inilah jalan yang paling muda serta demokratik bagi menyelesaikan kesemua masalah parti tersebut. Letakkanlah masa depan parti ke dalam tangan ahli-ahli. Inilah cara yang paling bagus.

Selagi MCA bergaduh, Barisan Nasional tidak boleh melawan Pakatan Rakyat secara efektif.