Dalam kerajaan negeri Perak menjustifikasi pemberiaan tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru Cina sebagai suatu keadilan kepada penduduk yang seolah-olah dinafikan tanah.
Hari itu, Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa menuntut tanah orang-orang Melayu di Perak harus tuntut dinaikkan status ke tanah 999 tahun sama dengan taraf tanah penduduk-penduduk 'pendatang' kampung baru.
Semalam, Raja Nazrin, Raja Muda Perak mengingatkan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu telah menegur pentadbir British pada tahun 1950 mengenai penempatan semula ke kampung-kampung baru Cina di bawah rancangan Briggs. Usaha ini dilakukan sebagai usaha memerangi komunis dengan memutuskan bekalan makanan, perubatan, kewangan dan lain-lain bekalan kepada pengganas komunis di hutan.
Katanya tindakan British itu memberi kelebihan kepada kaum Cina dengan penempatan yang serba cukup dan berdekatan dengan bandar. Sementara orang Melayu yang tidak bertanah dibelakangkan oleh pihak British.
Ikuti laporan Bernama berikut:
15 Januari, 2009 18:46 PM
Dipetik dari laman web Perkasa
British Belakangkan Melayu Tidak Bertanah
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Langkah penjajah British menempatkan 400,000 keluarga setinggan Cina di pinggir hutan di Kampung Baru di bawah Rancangan Briggs pada 1950 membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan prasarana utiliti dan peluang berniaga 11 tahun lebih awal daripada orang Melayu yang tidak bertanah ketika itu, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin bertitah.
Titah baginda, orang Melayu daripada golongan tersebut yang menjadi peneroka di bawah rancangan tanah Felda pada 1961, terkemudian 11 tahun dalam menikmati penghidupan baru dalam perkampungan moden yang mempunyai prasarana utiliti seperti bekalan air paip, bekalan elektrik dan jalan.
Raja Nazrin bertitah daripada segi geografi kawasan-kawasan Kampung Baru, yang juga dilengkapi kemudahan sekolah dan kesihatan, terletak lebih hampir dengan bandar berbanding dengan kawasan pembangunan Felda.
"Mereka (penduduk Kampung Baru) turut dibantu mendapat pelbagai peluang dan kemudahan niaga ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah," titah baginda ketika bertitah merasmikan penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga, anjuran bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri di sini, Khamis.
Baginda bertitah demikian ketika menyentuh tentang betapa besarnya peranan Felda dalam memberi kehidupan lebih baik kepada orang Melayu daripada golongan yang tidak memiliki tanah dan akhirnya generasi mereka berikutnya menempa pelbagai kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan.
Raja Nazrin bertitah Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang Raja-Raja Melayu.
Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu, dan pemerhatian bahawa kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di Kampung Baru jauh lebih baik dari apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.
Raja-Raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948, berasaskan kebimbangan Duli-Duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Henry Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab, titah baginda.
"Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa, berkemungkinan berada dalam kategori miskin tegar, jika Felda tidak pernah wujud di negara ini," titah baginda.
Felda yang ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956, sejak 1961 hingga kini, telah membangunkan 853,000 hektar tanah, melibatkan penyertaan lebih 112,000 keluarga.
Baca juga laporan di laman web Perkasa.
5 ulasan:
Saya hairan kenapa tiada komentar dalam penulisan yang bernas spt ini. Sepatutnya penulisan spt ini boleh menyedarkan kita dari asyik dengan kesibukan sumpah seranah diantar kita sendiri. Sedarlah akan apa yang dititahkan oleh Raja Nazrin. Itu adalah hakikat yang benar mengenai pemerkosaan harta kita oleh pihak penjajah dan kaum yang mendatang. Dan ia berterusan dan kita semakin kehabisan. Ditambah pula kita asyik bercakaran dari masa kesemasa.
Kampung Baru Cina patut disusun semula. Kembalikan juga tanah orang Melayu yang telah diambil untuk dijadikan penempatan Cina. Kerajaan sewajarnya selesaikan segera isu ini.
Inilah dia realiti semasa yang patut diingatkan kepada anak2 kita sepanjang masa agar mereka tidak lupa apa sebenarnya yang telah berlaku.
Melayu menjadi bangsat di tanahnya sendiri..
Mohon pautan sokongan dari blog tuan untuk mewar-warkan blog saya bernama ... Buku 'Lord of the Rims'.
Terima kasih.
Umno jangan jadi seperti penjajah terdahulu. Penjajah masukkan imigran ke negara ini dan apabila nakkan merdeka disyaratkan terima puak imigran sebagai warga negara. Kurang ajarnya mereka. Mereka ingat ini tanah air mak bapak dia.
Catat Ulasan