Khabar angin ini terkeluar di sebuah blog tempoh hari sini. dan sebuah blog lagi sini meminta diwar-warkan agar ramai hadhir memberi sokongan di Mahkamah Seksyen Butterworth Pulau Pinang pada Januari 29hb.
Menurut khabar, Dato Ahmad Ismail, bekas Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, Pulau Pinang dijangka akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Hasutan (1948).
Akta tersebut meletakkan lingkungan kesalahan bagi sebarang ucapan yang condong kepada menghasut yang boleh menimbulkan rusuhan atau perkelahian antara kaum dan perasaan marah atau tidak puas hati terhadap kerajaan.
Dengan adanya peruntukkan Akta ini, maka menjadi amalan negara ini perkara tertentu menjadi taboo perbincangan. Perkara-perkara pokok berhubung kenegaraan khususnya, Islam sebagai agama persekutuan, Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan dalam Artikel 153, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kerakyatan Jus Soli bagi kaum imigren tidak boleh dipersoalkan.
Ahmad Ismail menimbulkan kontroversi kerana menggunakan istilah "kaum penumpang" untuk merujuk kepada kaum-kaum Cina dan India semasa berkempen di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos tahun lepas.
Perkara ini telah diwar-warkan menjadi isu oleh akhbar Sin Chew jit Poh setelah berakhirnya PRK tersebut. Ia berakhir dengan wartawan yang membuat liputan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama satu hari. Ini pun menimbulkan kontroversi kerana bukan penyunting berita yang ditahan. Kerajaan pula kelihatan gopoh dan tidak bersedia apabila menahan wartawan tersebut.
Bagi pihak Ahmad Ismail, beliau bertegas menafikan dan enggan meminta maaf seperti yang dituntut oleh Presiden partinya, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Menurutnya, dia hanya menyatakan bahawa penggunaan istilah itu tidak mempunyai niat menghasut untuk menimbulkan huru hara antara kaum. Istilah itu disebut dari konteks negara majmuk dan kehidupan bertoleransi.
Perkara ini dinafikan oleh wartawan berbangsa Cina yang hadhir tetapi tidak ada sebarang bukti dan transkrip penuh ucapan beliau telah disiarkan, khususnya oleh akhbar Sin Chew Jit Poh. Nampaknya pihak berkuasa seolah-olah menerima bulat-bulat penafian tanpa bukti akhbar yang wartawannya ditahan di bawah ISA.
Mengapakan akhbar yang mempunyai reputasi gemar mengapi-apikan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Cina dengan meniupkan persoalan-persoalan pokok dalam pokok kenegaraan dalam Perlembagaan dan kerajaan diterima bulat-bulat?
Jika kita berbalik kepada intipati ucpaan Ahmad Ismail, bukankah satu realiti dan kenyataan sejarah bahawa kaum Cina dan India bukan kaum indigeneous Nusantara Melayu? Bukankah bahasa, dan budaya mereka adalah budaya asing yang bukan sebahagian dari alam budaya serantau yang berasaskan Melayu?
Dengan ikhlas, salahkah Ahmad Ismail jika benar dia mengatakan kaum Cina adalah "penumpang sementara" negara ini?
Realitinya kaum Cina Malaysia yang berasal dari persisiran pantai negara Cina dan merupakan sebahagian dari rangkaian Cina Luar Negara memang lebih erat kesetiakawan kepada kaumnya dari rakyat kaum lain di tanahair barunya. Sememangnya Malaysia ini adalah tempat tumpangan sementara kerana lazimnya mereka berpindah-pindah dari negara ke negara.
Mengapakah dan atas asas apa Ahmad Ismail akan didakwa di bawah Akta Hasutan? Adakah Ahmad Ismail ada mempersoalkan status kerakyatan kaum imigren? Adakah lebih teruk lagi, dia mempersoalkan perkara-perkara pokok Perlembagaan?
Huru hara hanya timbul apabila perkara yang tidak perlu dibesarkan diwar-warkan. Bukankah dengan mewar-warkan insiden yang agak subjektif interpretasi merupakan satu usaha menimbulkan huru hara antara kaum?
Adakah peningkatan populariti dari sokongan ramai orang-orang Melayu dan ketegasan pendirian beliau enggan dijadi mangsa 'kambing hitam' maka ia perlu dicantas habis? Sudahlah penggantungan keahlian partinya digantung selama 3 tahun tetapi kini di "atur" supaya merengkuk dalam penjara sepanjang masa penggantungan beliau? Ini perkara dalaman parti dan tidak ada kena mengena dengan undang-undang.
Penulis blog ini menyokong pendirian beliau kerana keberaniaan beliau menyatakan yang benar dan hak, dan enggan dipermain-mainkan oleh psywar pihak-pihak fanatik kaum Cina yang mengambil peluang dari kelemahan kepimpinan Melayu dan pertelagahan tidak habis-habis parti-parti politik Melayu.
Atas alasan demikian, penulis bertanya adakah kepimpinan Melayu akur dan sedia dikotak katikkan oleh fanatik kaum Cina? Demi politik, adakah kepimpinan Melayu sedia mengkorbankan kaumnya sendiri yang tidak melakukan kesalahan yang jelas
Andainya Ahmad Ismail benar-benar salah dan ada menayatakan sesuatu yang lebih teruk dari yang teah dilaporkan, adakah dakwaan ini hartus berakhir kepada Ahmad Ismail sahaja?
Bagaimana pula dengan kenyataan YB Tan Lian Hoe yang menyatakan orang Melayu sebagai pendatang? Sudahlah kenyataan beliau itu jelas salah, beliau masih enggan mengaku dan memohon maaf di Parlimen setelah dipersoalkan oleh ahli-ahli Parlimen PAS dan UMNO.
Ini harus dilihat sebagai kesalahan yang lebih besar. Selain hampir menyerupai kononnya kesalahan Ahmad Ismail, Tan Lian Hoe berbohong untuk menimbulkan kemarahan orang asal negara ini.
Malahan jika Ahmad Ismail didakwa, setiap aktivis Artikel 11 seperti Malik Imtiaz, Harris Ibrahim, dan lain-lain aktivis yang mempersoalkan butiran Artikel 11 dan lain-lain artikel Perlembagaan yang bersangkut paut dengan kedudukkan Islam sebagai ugama Persekutuan harus didakwa?
Begitu juga mereka-mereka yang mempersoalkan Artikel 153 dan perkara-perkara perundangan dan polsi yang berkait dengan perlaksanaan artikel tersebut harus beramai-ramai diheret ke mahkamah.
Termasuk juga wakil-wakil rakyat dari kaum Imigren yang menghina Raja-Raja Melayu dengan sengaja enggan memakai songkok di Majlis rasmi pembukaan Dewan Undangan Negeri yang dihadhiri Raja-Raja Melayu.
Bagaimana pula mereka-mereka yang secara terbuka mempersolkan 'Sosial Kontrak' yang merupakan perkara-perkara taboo dalam Akta Hasutan dan ketuanan Melayu yang berkait rapat dengan kesinambungan sejarah kepada sistem Raja dan kedudukkan Raja Berperlembagaan yang diamalkan?
Penulis melihat asas pendakwaan terhadap Ahmad Ismail tidak kuat dan lebih merupakan dakwaan berpilih-pilih yang mempunyai motif politik. Ianya seolah-olah mengorbankan orang Melayu untuk memenangi hati kaum bukan Melayu.
Itu tidak adil!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Adil atau tidak jika dibicarakan bukan persoalan pokoknya...
persoalan pokoknya ialah berilah keadilan semasa perbicaraan.
Jangan menghukum sebelum membicarakan sesiapa.
Tiada orang persoalkan Bahasa Kebangsaan, Agama Islam dan sebagainya. Hanya orang seperti Ahmad Ismail yang kurang faham tentang asas pembangunan negara Malaysia yang sering unkitkan isu sensitif untuk kepentingan sendiri.
Sekarang kita dalam era baru, rakyat yang berpelajaran pasti tahu ada polisi yang tak saksama bila dilaksanakan, lambak laun, ia akan menyebabkan rakyat berbilang kaum mensyaki satu sama lain dan ia akan menyebabkan negara tak stabil.
Sejak kemerdekaan hingga beberapa tahun lalu, tak banyak isu perkauman yang diungkitkan. Jadi adakah kedudukan kaum Melayu terjejas? Kedudukan kaum Melayu tak terjejas pun kini hanya kalangan politik melampau yang unkitkan isu yang akademik. Ia akademik sebab is hanya di otak orang yang unkitkannya. Realiti, ramai yang tidak kira isu ini satu isu tetepi isu untuk publisiti pilihanraya saja. Siapa yang menyaksikan orang Melayu ditindas? Hanya orang UMNO yang menindas kaum sendiri demi kepentingan material tapi menuduh kaum lain dengan isu sebegini.
Tanyalah sendiri, siapa yang sanggup mengubah kedudukan kaum melayu dan agama Islam di Malaysia? Kuasa kerajaan dan parlimen berada di tangan orang melayu. Hanya orang melayu sendiri yang akan menjual kaum sendiri. Jangan salahkan orang lain.
saya setuju pendakwaan ahmad Ismail punyai motif politik. Itulah pembangkang.
kunjungi http://jentayuabaka.blogspot.com
tuan2 dan puan2 sekalian,
boleh tak sume jgn berbalah..? pikirkan kebaikan anak anak kita?
1. aku tgk korang ni suka jer hentam umat umat Malaysia ni....?
2. kalau cuba bayangkan negara luar tu nak takluk kita....tak kisah la umat muslim ke, zionis ke, terrorist ke...orang us ke...
3. siapa nak tolong kita masa tu? bila dah kena serang, orang muslim indon seberang laut tu nak pertahankan ibu pertiwi Malaysia...atau orang india dan cina di negara kita sendiri? manusia yg hidup berjiranan dgn kita melayu?
4. bayangkan kita dah meninggal..? anak kecik kita yg yatim tu..siapa yg akan jaga? orang muslim kat luar negara tu ataupun orang india atau cina kat tanah kita sendiri..?
5. tuan2 dan puan2...konsep senegara kadang2 manfaatnya lebih dari konsep seagama..bukannya ape..dah keputusan sebegitu..tgk jer kat gaza...atau mana mana...ada cina dan india yg diantar..rakyat malaysia jugak...
6. lagipun bila ekonomi jatuh, siapa susah? cina melayu india jugak yg susah..bukannya pak arab islam yg kaya tu nak tolong...kalau dah sedemikian, kenapa nak hancurkan perpaduan? siapa lagi yg kita ada kalau bukan sahabat yg duduk berdekatan kita?
7. Islam maha berkuasa..ilmunya kuat..kenapa tak tunjukkan ajaran yg murni? kutukan bawa keburukan manakala ilmu yg kuat boleh mempengaruhi cina dan india...kenapa kita takut gunakan jalan yg murni untuk membimbing rakan rakan kita yg lain? kenapa nak kutuk?
8. adakah kita sendiri tak ikut Islam? lalu pilih jalan yg ditentang islam itu sendiri...memfitnah dan mengutuk? memang kesabaran kita dicuba dan sampai tahapnya tapi bukankah pemimpin itu banyak bersabar dan islam itu pemimpin..?
9. manakah kepercayaan kepada islam utkkan jalan benar? manakah melayu yg sepatutnya memimpin malaysia dan rakan rakan bukan seagama kepada kemajuan? sudah hilang ka melayu berkaliber? kalau cina dan india senegara tak tau macam mana nak pimpin...macam mana nak bersaing dengan negara luar?
10. perlukah bila sampai masanya diserang negara luar, baru kita sedar yg kita cuma ada sesama diri..bukannya umat islam di luar negara tu? berapa kes umat islam indon yg rogol anak melayu itu sendiri? mana kesedaran?
11. kita melayu memang hebat...betulka? kena buktikan jugak...pimpin dulu dan tunjukkan tauladan..cina dan india manusia jugak..dan setiap manusia akan akur terhadap umat yg berilmu...bukan ka kita melayu sendiri akur akan ajaran islam yg hebat?
12. oleh itu tak perlu kita nak kutuk orang lain..kalau kita hebat, mereka akan akur dengan relanya..tetapi masalah sekarang..kita juara kampung, pemimpin melayu sendiri nak kaya dan rasuah jugak..mana cina dan india nak akur...dan kita ketuanan melayu..kita kena jaga dan melindungi bangsa lain di dalam negara ini..kalau diserang, kita kena berdiri di barisan depan..barulah menjadi contoh yg baik...
13. kita kena beri inspirasi kepada mereka..kita boleh lakukannya..kita ada kitab quran..dan jgn terkejut kalau kita boleh pimpin mereka..byk yg masuk islam nanti..bukanka itu satu kebaikan..?
14. setiap manusia yg diserang sudah tentu akan serang balik...hanya manusia penuh berilmu akan bersabar dan tunjukkan jalan yg benar...kita ada akal...hanya binatang akan serang menyerang..
15. kita jgn serang cina dan india..tiada kesudahannya..kita berikan contoh dan tauladan..memang cina dan india tamak..tapi biarkan kebolehan kita memberikan kebaikan melampaui ketamakan mereka..buat apa nak risau bila negara dah kaya? sume hidup senang..takde miskin..
16. jgn ingat nak halau dan salahkan orang lain..biar sekalipun takde cina dan india di malaysia, jgn ingat kita aman..rakan seagama yg diserangnya nanti..sume pasal nak pemikiran kita yg salah..
17. korea yg mundur dari kita dah maju..maksudnya bukan maju sahaja...kesihatan dan kekayaan mereka stabil..bukan macam kita..hidup susah..mereka membangunkan negara secara seluruh..bukannya bersaing sesama diri dgn undang undang bodoh 30% sesetengah pihak jer..mereka bersaing secara sihat dan biar yg terbaik memimpin..bukannya rasuah..
18. cina tak miskin malas dan bodoh...mereka cuma kurang sensitif terhdp agama islam...kenapa? kerana salah kita..kita serang mereka dulu..jgn serang..tunjukkan tauladan..biar mereka akur dgn keikhlasan hati kita..moga moga kita sume boleh melindungi malaysia...
19. malaysia dah ketingalan jauh di belakang...kalau melayu tak mulakan langkah maaf memaafkan dan saling memahami, hancur la malaysia..
20. tak percaya? tunngu jer la kita diserang dgn bom dgn kanak kanak mati di sana sini...baru kita faham..
21. kepada sume yg baca thread ni, ada kebaikannya..dari sini kita sume boleh belajar mengawal kemarahan kita kemudiannya saling memaafkan...takde gunanya kita bengang..kita hanya akan menyakiti diri kita..kita belajar lupakan dendam..
22. definisi perpaduan memang paling relevan pada masa ini...tiada lagi yg sewaktu dgn nya..satu persoalan..mampukah kita berpadu dan menyaingi negara lain?
23. ingat..orang yg akan tolong kita dulu bila susah adalah rakan rakan senegara..bukan nya umat islam di seberang tu..bila accident contohnya..bila kejatuhan ekonomi contohnya..mereka la sumber pertolongan..orang cina di china tak akan kisah cina di malaysia mati atau hidup..hanya melayu itu sendiri yang akan tolong..masalahnya hendak ka kita? bagaimana kalau kita yg perlukan pertolongan? orang indon yg tolong atau orang cina di malaysia?
24. biarlah saya yg bermula..di sini saya ingin maafkan kesemua keburukan dan adaptasikan cara penyelesaian yg lebih aman dan bermanfaat..nescaya keesokan ari, hidup saya lebih bermakna..mula la dgn memaafkan diri dan orang lain.

Setakat cakap macam tu je nak kena dakwa. Hindraf dengan Komunis gila-gila punya provoke, tak ada apapun. Kalau kat UK, boleh kena hukuman gantung.
Silalah baca tulisan saya di http://cucusangalgojo.blogspot.com/ untuk ulasan saya re Hindraf dan tuntutan mereka.
sebagai generasi Muda malah telah bergelumang dalam dunia swasta dan pelbagai kaum baik dari syarikat antarabangsa, GLC, konglomerat yang saya nampak semangat 'kiasu' dan juang kurang dalam kendiri kebanyakan orang Melayu.
Sepatutnya org Melayu yang patut kuasai ekonomi negara namun memang dah jadi tabiat segelintir orang Melayu- hidup dalam zon selesa.
Catat Ulasan