Laporan berikut:
Peruntukan Pinjaman Mara Belum Cukup Tampung Permohonan Pelajar - ShafieIni mengesahkan tanggapan penulis bahawa kenyataan beberapa pemimpin termasuk Perdana Menteri mengatakan ada peruntukan tambahan untuk MARA cuba menutup realiti yang dihadapi anak-anak Bumiputera di bawah itu.
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (Mara) belum dapat memenuhi semua permohonan pinjaman pelajaran ekoran kekurangan peruntukan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sepanjang tahun ini, Mara hanya dapat memberikan pinjaman kepada 13,419 pelajar berbanding 19,457 permohonan yang memenuhi kelayakan.
"Pada 2008, seramai 37,846 orang menerima pinjaman berbanding jumlah pemohon yang layak iaitu 39,220 orang.
"Adalah diunjurkan pada 2010, Mara memerlukan sejumlah RM1.998 bilion bagi meneruskan usaha-usaha membiayai pinjaman pelajaran di dalam dan luar negara. Dijangka seramai 86,871 pelajar akan mendapat manfaat daripada program penganjuran pelajaran ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Lim mahu kementerian menyatakan kedudukan kewangan semasa yang terperinci bagi semua pinjaman Mara kepada pelajar yang diluluskan pada 2008 dan 2009 serta peruntukan untuk pinjaman seterusnya.
Mohd Shafie berkata pada tahun ini, Mara menaja 76,534 pelajar melibatkan 69,538 pelajar dalam negara dan 6,996 pelajar di luar negara membabitkan nilai pinjaman RM1.794 bilion.
Tahun 2008, katanya Mara telah memberi pinjaman pelajaran kepada 75,138 pelajar melibatkan 68,956 pelajar dalam negara dan 6,182 pelajar di luar negara.
"Jumlah kelulusan pinjaman adalah sebanyak RM1.451 bilion," katanya.
Mana boleh mencukupi jika semua pihak yang berada dan tidak berada mahukan baisiswa dan sekolah berasrama penuh MARA? Pastinya mereka yang ada "know who" dan pengaruh akan menggunakan kelebihan itu untuk mandapatkan kemudahn untuk keluarga, dan anak buah mereka mendahulu mereka yang tidak berkemampuan.
Jika kewangan tidak dapat memenuhi semua permohonan, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan orang Melayu dari golongan kelas pendapatn menengah ke atas berhenti dari bergantung kepada kerajaan.
Polisi kerajaan yang condong kepada meritokrasi hanya akan menindas golongan pendapatan rendah dari peluang untuk memperbaiki nasib mereka kerana terpaksa bersaing dengan mereka yang lebih bernasib baik dan kemampuan kewangan.
Pemimpin yang laungkan rakyat didahulukan. Bila istilah disebut adalah rakyat, ianya jelas bermaksud membela rakyat rakyat marhaen? Adakah cara yang tidak ada jelas membantu rakyat marhaen? Sila fikirkan betul-betul untuk realisasi apa yang dislogankan.
Adakah kini anak Melayu dan Bumiputera bukan rakyat lagikah? Sudah lupakah mereka ini rakyat asal yang ditindas sejarah? Adakah hak mereka dalam Perlembagaan sudah tiada lagi?
Dalam kerajaan dikatakan konon dalam kedudukan kewangan yang serba kekurangan, kerajaan boleh utamakan biasiswa untuk semua bagi belajar ke Universiti elit luar negara yang berpuloh kali ganda lebih mahal dari peruntukan pelajar biasa? Ia dibuka pula kepada semua anak orang-orang berada yang punya kelebihan hidup untuk mendapat markah baik sama-sama menikmati biasiswa itu?
Dimana prioriti kerajaan? Pencapaian yang mereka mahu utamakan nampaknya caca marba hala tuju dan cara untuk mencapai.
2 ulasan:
I think we should repeat this doa. J.Jun, this is my way of saying amiin.
By your Name O Allah, please accord divine assistance to the meek.
By your Name O Allah, please cloud up the ways of DAP the gog and magog of my country.
By your name O Allah, please plug up the conduits of DAP the gog and magog of this land.
By the Name of Allah the god of all Messiahs and Prophets may your deceptions falls on you yourself O DAP the gog and magog of this nation.
By the sovereignty of your most Excelent Names O Allah may DAP the gog and magog of this soil be crippled, disabled or paralyzed.
By the Greatest of Your Names, please stop this DAP, this scourge, these sons of gog and magog.
Amein.
-----------------
Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... dipohonkan bantuan bagi kaum yang (mengaku) kelemahan diri.
Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... gelap seluruh sudut mu hai DAP Juj Ma'juj Malaysia.
Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... tersumbat seluruh rongga mu hai DAP Juj Ma'juj Malayusia.
Dengan Nama Tuhan bagi sekelian Nabi dan Rasul a.s.w.s.; perdaya dirimu hai DAP Juj Ma'juj Malaysia.
Demi keagungan Asma-u-lhusna Mu, Engkau lumpuhkanlah DAP Juj Ma'juj Malaysia.
Dengan haq Ismul 'Adzam Semuga Allah sekat segala jalan DAP Juj Ma'juj Malaysia
mgkin kerana demokrasi???
Catat Ulasan