Khamis, 30 April 2009

Bersatu pertahan hak bumiputera

SHAFIE Apdal (tengah) bersalaman dengan ahli-ahli Perkasa pada Majlis Makan Malam Penghargaan dan Penyampaian Sijil Perhimpunan & Sidang Kemuncak Pribumi Negara di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HALIM KHALID

KUALA LUMPUR 26 April - Masyarakat bumiputera diminta bersatu mempertahankan hak dan keistimewaan mereka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, mereka perlu berani menyuarakan hak dan keistimewaan tersebut supaya kaum lain turut memahami hak tersebut sepenuhnya.

"Kita tidak harus takut dan tidak perlu bimbang mengenai perkara ini kerana kita tidak mengenepikan kepentingan bangsa lain,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis Makan Malam Penghargaan dan Penyampaian Sijil Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Negara anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini malam ini.

Turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan timbalannya, Datuk Fuad Hassan.

Shafie turut meminta masyarakat bumiputera supaya memperhebatkan lagi penguasaan mereka dalam bidang ekonomi dan pendidikan sebagaimana kaum lain.

"Amat penting bagi kaum bumiputera memperkuatkan azam untuk memperkuatkan lagi kedudukan mereka bukan sahaja dalam politik bahkan ekonomi dan pendidikan,'' ujarnya.

Sementara itu, Ibrahim dalam ucapannya meminta kerajaan supaya menjelaskan konsep Satu Malaysia kepada rakyat jelata dengan lebih meluas.

"Perkara ini perlu dilakukan segera kerana ramai yang terkeliru dengan konsep ini dan parti pembangkang pula mengambil kesempatan mengeksploitasinya demi kepentingan politik mereka,'' katanya.

Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Negara telah diadakan di sini pada 22 Mac yang lalu bertemakan 'Pribumi Bertindak Demi Negara' dengan bermatlamatkan memperkasakan maruah agama, bangsa dan negara.

Sumber: Utusan Malaysia, April 27hb, 2009

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada fikiran Saya. kalau orang melayu mahu kuat (semua kena bersatu dalam satu parti). Supaya suara MCA dan MIC lebih kecil. Tetapi zaman sekarang, sokongan Melayu di dalam BN semaking lemah. Sebab itulah, MCA dan MIC mempunyai suara yang lebih kuat. Itu pada pendapat sayalah sebagai rakyat biasa.

Diharap kerajaan dapat memikirkan satu cara di mana suara dan kepentingan kaum lain dapat dijaga, tetapi di dalam masa yang sama kepentingan kaum melayu tidak dikurangkan. Give without losing out. Lebih baik lagi kalau dapat memikirkan cara di mana kerajaan dapat memberikan apa yang kaum bukan bumiputera hendak, tetapi didalam masa yang sama, menguntungkan kaum bumiputera juga.

PARPUKARI berkata...

HELLO EVERBODY, HOT ISSUE IN PERAK!

READ IT HERE,

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/ringkasan-dari-ceramah-dap-di-perak.htm