Rabu, 11 Julai 2007

Buku "13 May": Satu Helah Menuduh Rasis Untuk Menafikan Hak


Ingin saya memetik beberapa sedutan dari satu artikel dari www.umno-reform.com berjodol "Tuduhan rasis adalah senjata segelintir kepimpinan kaum bukan bumiputera" yang mana tarikh penerbitannya saya sudah lupa.

Artikel ini mempunyai kaitan dengan kontroversi yang timbul dari buku "13 May" yang ternyata bukan mempunyai niat yang baik untuk tujuan akademik dan mendalami sejarah, malah mahu mengembalikan parah lama untuk tujuan jahat pejuang cauvanis dan rasis. Memetik dari artikel tersebut:

"Kita perlu melihat perkara - perkara asas mengenai isu rasis dan siapa yang sebenarnya "rasis". Melayu sudah memiliki keistimewaan jauh sebelum kaum pendatang - pekerja import Cina dan India hadir di Malaysia. Kenapa perlu Melayu bersikap "rasis"?

Cuma yang wujud sekarang ini adalah kesedaran orang - orang Melayu zaman ini dan keperluan mereka untuk bangkit mempertahankan hak mereka yang tergadai oleh kerakusan beberapa kerat kepimpinan Melayu. Ini bukan sesuatu yang palsu. Utusan Malaysia 27hb April 2006 menggariskan bagaimana Melayu bangkit marah dengan formulasi Malaysian Union yang ditandatangai oleh Raja-Raja Melayu. Dalam rencana tulisan Rohani Ibrahim (penulis artikel di Utusan Malaysia) beberapa perkara terserlah.

* Pengadaian hak Melayu oleh Sultan-Sultan pada waktu itu yang merangkumi hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu; dan

* Bagaimana British mahu kewarganegaraan Tanah Melayu dibuka kepada semua kaum-kaum lain.

Ini adalah hakikat hak-hak Melayu yang telah dijual oleh pemerintah dan hari ini perkara tersebut berulang lagi. Maka atas kesedaran itu kita hadir untuk membicarakan hak dan bukan isu-isu yang menggalakkan persengketaan kaum. Adakah persoalan rasis timbul bila orang-orang Melayu membicarakan hak-hak mereka? Jelas jawapan sebenarnya tidak. Kita tidak membincangkan hal-hal perkauman malah hanya membincangkan hak-hak kita. Dalam nada yang sama kita lihat kaum lain khususnya Cina mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu. Adakah itu "rasis" atau sebenarnya biadap?

Menuntut hak yang sedia ada pada Melayu, mempersoalkan hak-hak orang-orang Melayu atas dasar keadilan adalah hipokrasi sesetengah kepimpinan bangsa-bangsa bukan Melayu. Persoalan keadilan yang-dituntut hari ini sebenarnya menganggu jugat erti keadilan bagi bangsa Melayu dalam konteks keseluruhan. Keadilan yang dibicarakan hari ini oleh bangsa-bangsa asing adalah suatu yang tidak adil pada bangsa Melayu atas kesediaan mereka berkongsi tanah ini kepada kaum pendatang.

Sekali lagi saya ingin merujuk tulisan Rohani Ibrahim, perjuangan untuk bangsa Cina mendapatkan hak di bumi negara ini juga tidak dilakukan oleh bangsa itu secara total malah ia hadir dari penipuan Inggeris dan kealphaan kesultanan Melayu pada waktu itu. Sikap opurtunis ini dan sikap mengatakan perjuangan mempertahankan hak sebagai 'rasis' adalah senjata ampuh yang digunakan oleh segelintir kepimpinan bangsa-bangsa asing untuk menuntut hak yang lebih dari Melayu.

Hari ini saya terkilan dengan tindakan mereka yang membicarakan mengenai Bangsa Malaysia dengan syarat utama bangsa Malaysia adalah untuk Melayu melucutkan hak-hak yang sedia ada. Ada yang semakin bongkak dengan mengatakan Malaysia ini maju dengan hasil mereka, titik peluh mereka, tetapi apa yang jelas adalah kehadiran mereka untuk mencari ruang bagi mengkikis hak-hak Melayu."

Jelas sekali, "segelintir golongan bangsa lain, khususnya kepimpinan mereka sebagai bersikap "rasis" dengan tindakan mereka yang memperjuangkan bangsa, tanpa mengetahui hak mereka sebenarnya. Mereka perlu ingat bahawa hak-hak yang sedia ada pada Melayu, sekiranya dituntut secara rakus, tanpa memikirkan sensitiviti kaum hanya akan mengeruhkan keadaan.

Hakikat kehadiran hak-hak keistimewaan Melayu harus difahami. Sebarang perjuangan yang mahu mengkikis hak-hak ini adalah satu tindakan biadap."


Kaitan artikel ini dengan buku "May 13" karangan Dr Kua Kia Soong adalag jelas sekali kerana buku ini jelas sekali mahukan kesimpulan buku itu diarahkan terhadap pembubaran Dasar Ekonomi Baru, walaupun dasar kajian dan pengkalan maklumat agak cetek dan stereotaip.

Mengapa buku ini dibenarkan sebaran, padahal telah beberapa tahun ditahan penerbitan?

Adakah kitaran sejarah akan kembali semula? Adakah ada pula pemerintah yang alpa untuk membenarkan hak orang Melayu biar dirompak lagi sekali?


2 ulasan:

happysus berkata...

Peristiwa ini telah berlaku di Sarawak selepas Jepun kalah. Bacalah dalam blogger ini. Harap dapat jadi pedoman kita. Sempena menyambut 50 tahun kemerdekaan.
GELAGAT MASYARAKAT TIONG HUAhttp://happysus.blogspot.com/2007/07/gelagat-masyarakat-tiong-hua.html
Peristiwa 10/10/45 ‑ Pergaduhan Cina/Melayu
http://happysus.blogspot.com/2007/07/peristiwa-101045-pergaduhan-cinamelayu.html

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.