Jumaat, 11 Januari 2013
Tragedi Mei 13: Laporan MAGERAN
PENGANTAR
Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal keadaan secepat-cepatnya. Kalau bukan kerana langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan dengan segera itu maka sudah tentulah seluruh negeri ini tercebur di dalam malapetaka yang besar.
Ada juga diantara kita yang memandang bahawa tragedi ini dalam ertinya bagi dirinya sendiri. Akan tetapi kepentingan peristiwa 13 Mei janganlah hendaknya dirasakan oleh beberapa orang sahaja, bahkan setiap orang dari kita hendaklah menaruh insaf akan peristiwa ini. Pada hari itu kita disedarkan sehebat-hebatnya bahawa masalah perkauman di dalam negeri ini adalah suatu masalah yang amat berat dan segala langkah-langkah yang telah kita ambil di masa lampau sudah nyata tidak mencukupi.
Khamis, 10 Januari 2013
Masyarakat perlu fahami Mei 13
Sudah lama blog ini berehat dan sudah sampai masanya ia kembali berperanan dalam blogosfera untuk menyuarakan suara tuntutan hak orang asal negara ini, iaitu orang melayu di Semenanjung dan Primbumi yang lebih dari 60-70 kaum di Sabah dan Sarawak.
Blog ini diikhtiarkan sebagai reaksi dan jawapan kepada buku May 13 karangan anasir komunis, Dr Kua Kia Soong. Ketika itu, tiada usaha untuk menjawab buku itu dengan jelas dan bernas sekali.
Setelah sekian lama, blog ini menceburi lain-lain isu berkaitan hak Melayu, Islam, Sejarah, Perlembagaan dan lain-lain.
Langgan:
Catatan (Atom)