Isnin, 22 Januari 2007
SUDAH 3 TAHUN, APA CERITA?
Sudah lebih 3 tahun, Pak Lah menduduki kerusi Perdana Menteri. Bermacam-macam janji dan bermacam-macam slogan yang kami dengar. Yang kami lihat dan kami rasa, berlainan sekali.
Hidup rakyat bertambah susah. Minyak naik mendadak. Tol naik mendadak. Anak-anak kami di bandar dibuang kerja. Ekonomi tak bertambah baik. Suasana negara kucar kacir, kelam kabut dan tiada arah panduan.
Pak Lah kata semua ok dan baik tapi ... sebenarnya berlainan sekali.
Pak Lah kata terbuka tapi ... tak boleh ditegur dan kononnya kena mengikut saluran-saluran. Ikut saluran tak sampai. Yang nak tegur, dilakukan sesuatu.
Pak Lah kata anak Pak Lah tidak dapat kontrak kerajaan tapi ... anak Pak Lah, Kamal dapat kontrak Petronas, dan TNB. Bukan ke itu syarikat-syarikat kerajaan?
Pak Lah kata kerajaan sentiasa peka dengan nasib rakyat tapi ... Mangsa banjir sampai 105,000. Cuma lawat sekejap ketawa2 cium baby... Lebih penting cuti di Perth, dan istirihat di Cebu lepas persidangan habis. Kenapa tidak diisytihar darurat?
Pak Lah imamkan sembahyang dan cakap macam ulamak tapi ... Pak Lah pegang bahu tunang orang secara terbuka dan selalu berbohong. Orang berbohong itu perangai orang munafiq.
Pak Lah kata bekerja sama saya tapi ... waktu bekerja dan bersidang Pak Lah tidor secara terbuka.
Kami sayang dan hormati pemimpin tapi macam mana kami nak peringat dan pesankan Pak Lah yang tinggi di atas dan susah untuk dihubungi?
Langgan:
Catatan (Atom)