tag:blogger.com,1999:blog-635438681248531309.post4384513926337920479..comments2023-10-29T15:36:30.951+08:00Comments on Dari Kacamata Melayu: Pelbagai Cabaran Golongan PeribumiPesanan Keramathttp://www.blogger.com/profile/09651829611454612624noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-635438681248531309.post-55311768595235068762008-03-31T01:38:00.000+08:002008-03-31T01:38:00.000+08:00Nampaknya, username saya sudah dikenali ramai kera...Nampaknya, username saya sudah dikenali ramai kerana tulisan saudara. Marilah kita imbasi tulisan saudara di dalam laman ini dan menghakiminya samada berbau bongkak dan kurang tolak ansur atau berbau sederhana dan syukur kepada Ilahi yang membekalkan hidup kepada semua bangsa di muka bumi ini.

Jika tidak kerana lawatan saudara untuk mengemukakan pandangan kerana tidak juga meminta izin saya sebelum meletakkan username saya di dalam tulisan, saya sudah tentu mengendahkan tulisan-tulisan saudara. Dikatakan hawaiichee mengaku bahawa penghapusan hak peribumi memenuhi nilai rohani dan ketuhanan. Tidak pernah saya menulis sedemikian di laman sini atau di mana-mana. Hak peribumi adalah hak yang terjamin di dalam Perlembagaan Malaysia. Tapi, soalnya adakah hak ini disalahgunakan untuk memperbesarkan kepala supaya bertindak sebagai Tuan tanpa rasa syukur dan tanpa akal untuk bertolak ansur? Adakah ini berlandaskan ajaran al-Quran mahupun ajaran mana-mana agama lain supaya mempertuankan sendiri tanpa mengamalkan sifat-sifat murni untuk menonjolkan sahsiah sederhana dan saling berkhidmat dan melayani semua tanpa mengira bangsa dan agama?

Jika diamati ayat-ayat al-Quran juga dipesan supaya bangsa-bangsa lain dikenali dengan lebih rapat dan dikasihi. Kerana jika kita dapat mengasihi yang kurang sama dengan kita, dapatlah kita memahami sifat Pengasih pada Yang Maha Pengasih. Jika kita dapat mengasih yang lemah, yang muda dan yang berbangsa dan bersuku lain, kita dapat mengurangkan kebencian dan kemarahan kita supaya lebih bertakwa, lebih bermurah hati, lebih bersyukur atas segala nikmat dari Yang Maha Pengasih, biar kecil ataupun besar.

49:12b Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

Semoga saudara memahami kata-kata saya yang berniat baik agar saudara menulis apa yang elok bukan saja untuk faedah mereka yang berhak bukan bumiputera, tetapi juga untuk faedah mereka yang berhak bumiputera, tetapi lebih-lebih lagi bagi saudara supaya semakin bertakwa dan semakin bermurah hati dan bersahsiah sederhana bagi kemuliaaan agama dan bangsa saudara.

Ayat terakhir saudara - "dasar pembelit dan perompak!" Saya rasa elok dijinakkan kemarahan anda supaya tidak terlanjur kata ataupun terlanjur kerohanian dan keimanan anda yang lebih penting dari kata-kata anda yang dituliskan di sini. Apakah untungnya anda menulis pelbagai dokumen ataupun rencana mahupun jika rencana ini semakin dikenali, jika semakin dibelit kemarahan dan kebencian terhadap bangsa lain yang juga anak Adam - ciptaan Yang Maha Esa? Jika anda dibelit kebencian dan semakin menghakiskan iman anda supaya berbesar hati dan bersyukur atas nikmat dikurniakan oleh Yang Maha Pengasih, anda semakin hari semakin dirasuk kebencian itu sehingga bertindak tanpa soal selidik ataupun jika tidak, sembahyang tanpa penuh khusyuk dan bersyukur. Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan.

Jika mana-mana ketelanjuran kata, sila diampuni. Saya rasa saudara memang juga berniat baik dan sememangnya tanggapan saya adalah tersilap bahawa saudara memang tidak berasa bongkak dan marah, tetapi hanya ingin mengingatkan bangsa anda supaya mengingatkan hak mereka. Jika begitu, saya meminta ampun.Site builderhttps://www.blogger.com/profile/10069678267988625414noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-635438681248531309.post-68935479236802814412007-10-10T01:27:00.000+08:002007-10-10T01:27:00.000+08:00SELAMAT HARI RAYA AiDiLFiTRi DAN MAAF ZAHIR DAN BA...SELAMAT HARI RAYA AiDiLFiTRi DAN MAAF ZAHIR DAN BATINtunkuhttps://www.blogger.com/profile/18116949705490891876noreply@blogger.com